Monday, 26 October 2015

OPB 9ORGANIC PLANT BOOSTER) - copy from akmtani.blogspot

DARIHAL ORGANIC PLANT BOOSTER ....

ASSALAMUALAIKUM WRT...

Minta maaf kerana lama tidak update maklumat... kesibukan atau kelemahan saya sendiri.

Sambung sikit mengenai 'organic plant booster:

Boleh juga di kenali sebagai biofertiliser atau bioprotectant keran fungsinya ada semua.
Apa kandungannya ?
1. Mikrob bermanfaat (kulat, bakteria, lacto bacillus dsb.
2. Enzim
3. Nutrien (kebanyakan nutrient utk tanaman tetapi pada jumlah sedikit .
4. Protien
5. Hormon semulajadi

Dengan menggunakan bahan terbuang dan berada disekeliling kita menjadikannya bahan yang berharga dan bermanfaat. Bahan yang digunakan ialah:
1. Pisang / labu masak ranum
2. Kangkong
3. Udang geragau / ikan / belacan
4. Susu
5. Molasses
6. Yis / ragi / mauripan
7. Dedak beras
8. Cairan organic (air rendaman tahi ayam)
9. Telur
10 EM / BMO

PASU PLASTIK BERKAKI

Pasu plastik berkaki ini bersaiz 8" x 8" x 9". Tinggi kaki 3 cm sesuai untuk laluan PE tubing 16 mm dibawahnya supaya ladang lebih kemas.

Pasu ini bersamaan saiz polibeg 14 x 14 atau 15  x 15.  Saiz ini sudah mencukupi dan sesuai untuk penanaman semua jenis tanaman sayuran  buah yang biasa (cili, terung, tomato, bendi, petola, labu air, peria, melon dsb).  Pengusaha dan pengamal fertigasi diingatkan 'tak perlu guna bekas yang terlalu besat - penggunaan medium lebih banyak, kos lebih tinggi, akar tanaman tidak pergi terlalu jauh, polibeg/bekas tanaman hitam atau putih tidak mempunyai kesan ketara dari segi pertumbuhannya.

Kemungkinan harga lebih tinggi (10x lebih daripada polibeg) tetapi ketahanan boleh 10 tahun lebih lama. Lebih kemas, lebih tahan, lebih praktikal utk jangkamasa panjang, kerja mengisi medium 5X lebih pantas, tidak perlu angkat atau buang bekas untuk penanaman seterusnya. Tak perlu tukar medium bertahun-tahun lamanya...  hanya tambah atau buat rawatan sahaja.

INOVASI OLEH:  AMATKHRI BIN MARDI

Sunday, 25 October 2015

FERTIGASI BARU - Drip & Flow Back

Teknik ini mula dikomersilkan walaupun asalnya sebagai hobi. Di Batu Pahat dipraktikkan secara komersil ...ribu dan puluh ribu bekas. Setiap bekas ada 4 pasu kecil. Setiap pasu ditanam 2 pokok timun. Hasilnya ..woww!... INI SATU LAGI ALTERNATIF BERCUCUK TANAM...

Boleh dipelbagaikan persembahannya. Apa yang penting tiada pembaziran Baja atau larutan nutrient kerana lebihan titisan nya disalirkan semula ke tangki nutrient.



NUTRI POT & HYDRO POT

Assalamualaikum wrt.
Lama juga tidak muncul...tak update info. Maaf ya...

NUTRI POT  dulunya dipanggil juga 'hydro pot' adalah benda yang sama. Mungkin persembahannya berbeza. Saya kenalkan semula selaras dengan kempEn bercucuk tanam untuk penduduk bandar atau 'PERTANIAN BANDAR".
Matlamat utama 'PERTANIAN BANDAR' adalah mengurangkan kos perbelanjaan dapur penduduk bandar yang mana kos sara hidup terus meningkat. Selain itu sebagai aktiviti riadah bermanfaat disamping melibatkan semua golongan melibatkan diri dalam mengeluarkan makanan untuk negara. Sekurang-kurangnya untuk makanan sendiri.
Teknologi bercucuk tanam yang ada sekarang ini memungkinkan "semua orang boleh bercucuk tanam". Semua masalah bercucuk tanam boleh diatasi. Bermula dengan tanah bermasalah (berbatu, tidak subur, banjir, masam, tanah mati, penyakit bawaan tanah dll) sehinggalah ketiadaan tanah dan tiada cahaya matahari sekalipun telah ada teknologi penyelesaiannya.

NUTRI POT adalah kaedah bercucuk tanam yang mudah diperkenalkan untuk mengatasi masalah kekerapan menyiram. Kerja menyiram pokok atau tanaman sekali sehari atau dua kali sehari adalah masalah bagi penduduk bandar yang bekerja. 'LESS WATERING' itulah nuti pot. Hanya perlu siram 1 atau 2 kali siraman seminggu diperingkat awal dan 10 hingga 15 hari sekali siraman diperlukan. Itulah kaedah NUTRI POT. Mudahkan .... apa lagi... CUBALAH..








NUTRI POT kaedah bercucuk tanam yang tak perlukan ruang yang besar, tak perlukan sumber elektrik, tak perlu siram (dengan kerap ---sesekali sahaja), tak perlu merumpai, tiada masalah jejentik.... semua tanaman sesuai ditanam dengan kaedah ini... MUDAHKAN ...!!!

Bekas tanaman boleh dibuat sendiri atau terus  buat pesanan kepada AKM TANI....

Tuesday, 17 June 2014

TEKNIK TUT TERKINI

Alat ciptaan dan inovasi saya ini diberi nama AKM TEK-TUT.  OK  kan...??? yang penting saya dapat kongsi dengan ramai orang. Saya percaya teknik dan alat ini amat bermanfaat dan berimpak tinggi. Lebih-lebih lagi utk bahan mengajar yang praktikal, kejayaan tinggi, mudah, ringkas dan mesra pengguna. Sama-sama kita manfaaatkannya... selamat mencuba... upload video  ditangguhkan... nak balik kerja dulu

Thursday, 27 March 2014

CILI API FERTIGASI

Penanaman CILI API secara fertigasi tumbuh bagi cendawan tumbuh lepas hujan. Sana sini memperkatakannya sebagai satu aktiviti pertanian masakini yang menyeronokkan, menjana pendapatan tambahan dan praktikal dilakukan oleh semua peringkat umur, pendidikan, kecilan atau komersil...

CILI API - bermaksud cili kecil yang sangat pedas. Bunga dan buahnya tumbuh menegak dicelah cabang-cabang baru. Ada banyak varieti CILI API ditanam di Malaysia. Penanaman cili api secara fertigasi yang diusahakan sekarang ini mendapat sambutan pengguna dan tawaran harga yang menarik. Di antara varieti yang paling popular ialah CENTIL, BARA, FULL SKY, KAMPONG dsb.

Kepada pengamal sistem fertigasi dan yang akan menyertai aktiviti ini saya nasihatkan supaya merancang dengan baik. Dapatkan nasihat kepada yang arif.  Boleh buat sendiri.  Rujuk Jabatan Pertanian berhampiran dsb. Saya yakin anda BOLEH LAKUKAN YANG TERBAIK... ramai telah berjaya... MINAT, ADA KESUNGGUHAN....insyaallah !...

TEKNOLOGI sekarang lebih meyakinkan.. tinggikan hasil, cegah perosak, cegah penyakit, sistem yang betul, bekalan bahan, biji benih bermutu, khidmat nasihat, bantuan kerajaan memajukan projek dsb boleh diperolehi.
































































































Wednesday, 26 March 2014

HIDROPONIK NFT

NFT (nutrient Film Technique) - bermaksud kaedah penanaman hidroponik dimana larutan nutrien yang cetek / tipis dialirkan didalam bekas penanaman dan akan jatuh di hujung bekas terus mengalir semula ke tangki nutrien asal. Proses ini berterusan supaya akan sentiasa mendapat nutrien dengan jumlah oksigen terlarut (DO) yang mencukupi....









NFT bertingkat seperti gambar 3 & 5 : Lengkap dengan 42 lubang penanaman, baja, aqua pam, dulang semaian dsb dijual pada harga RM350.00 sahaja tidak termasuk penghantaran. Direka utk memenuhi peminat bertani cara moden di ruang yang terhad, penggunaan teknologi mudah, bersih, menyeronokkan. Model untuk pembelajaran disekolah dan alat mengajar ...."release tension" rawatan ....

NFT adalah satu daripada beberapa sistem hidroponik yang dipraktikkan untuk pengeluaran tanaman makanan secara hidroponik diseluruh dunia. Lain-lain sistem termasuklah DFT( (Deep Flow Technique), Takungan, Semburan, Aeroponic, Aquaponic, Titisan (fertigasi tanpa tanah), Aliran tertutup beraggregat dll.