Friday 31 January 2014

CILI DALAM JEJARING


Adakah anda juga teringin memliki atau dapat menusahakan tanaman cili seperti ini ?...
Jika ada cita-cita begitu.... insyallah ...suatu hari nanti dapt jua akhirnya....usahakan !!!

Tidak lah sesukar mana yang dibayangkan. Dapatkan ilmu. Displinkan diri. Yakin bantuan Allah memastikan kita Berjaya BUKAN kebolehan anda sebenarnya... Jangan lupa kalau rezeki yang kita nak cari berupa DUIT... dapatkan banyak-banyak dengan DUITS (Doa, Usaha, Ilmu & Istiqomah, Tawakkal, Syukur (infaq sebahagian hasil diperolehi)). Itu asasnya... Awalannya niatkan nak jadi pembayar ZAKAT sebab pembayar zakat ialah orang yang berpendapatan banyak. Insyaallah dapat banyak. Peruntukkan hasil untuk infaq terlebih dahulu BUKAN kalau ada lebihan baru nak infaq...RASAILAH NIKMAT KELEBIHAN BERZAKAT... menyuburkan harta, membersihkan harta, melindungi harta dan....


Apabila tanam cili ... persoalan yang paling banyak ditanyakan ialah bagaimana nak kawal atau bagaimana nak elak atau bagaimana nak pulihkan ...'masalah cili keriting'.  Dua risiko besar tanam cili ialah penyakit/perosak dan harga yang tidak menentu terutamanya cili besar (kadang2 tinggi betul... kadang2 merudum... diluar jangkaan ).

Pada saya masalah ini (cili keriting) boleh diselesaikan... Punca keriting ada dua... samada kekurangan nutrient (terutamanya unsur mikro) dan virus (ada banyak jenis virus - berbatik2, daun keriting, daun bergulung dsb...). Kenalpasti puncanya dulu...

Kekurangan unsur mikro - terjadi atau berlaku secara beransur-ansur atau berperingkat. Perubahan ketara pada bhg pucuk atau daun muda cili. Biasanya selepas sebulan diladang... MENGAPA ??. pokok cili dewasa memerlukan unsur mikro yang lebih banyak diperingkat dewasa. Kita beri kurang daripada yang pokok cili perlukan.... Cara mengatasinya tambahkan unsur mikro semasa pemberian baja  (dalam baja stok atau semburan tambahan)  apabila pokok cili mulai matang (berbunga atau buah membesar sehingga pokok tua...) Bahan-bahannya nnti saya jelaskan...(atau hubungi saya ...)

Keriting virus - boleh berlaku dengan tiba-tiba melalui jangkitan (penggunaan alatan atau sebaran serangga pembawa). Kawalan terbaik... disyorkan ditanam dikawasan yang terlindung atau tidak ada serangga perosak atau pembawa (contoh: dikawasan yang dikelilingi dengan tanaman sawit, dikelilingi dengan tembok atau  plastic hitam yang tinggi dll...) Syor kedua... cegah atau kawal serangga perosak sejak awal lagi dan berterusan. Cegah secara bersepadu. Jangan ke pokok cili dengan merokok atau setelah kekawasan tanaman lain... Lawat pokok cili kecil terlebih dahulu sebelum pokok besar. Jangan benarkan pelawat dating beramai-ramai... Keliling kawasan ditanam dengan tanaman penolak (serangga tak suka..selasih, serai wangi dsb). Pastikan pokok diberi baja yang betul, kadar mencukupi supaya sentiasa sihat. Pokok sihat penyakit tak datang. Lakukan semburan organic - brogard, bawang putih & cli api, akar seruntun dll. Jika perlu guna racun kimia yang dibenarkan... Pencegahan mesti berterusan... Sebelum itu pilih variety yang tahan penyakit. Boleh ditambah dengan penggunaan organic booster yang boleh menambah kerintangan penyakit kepada tanaman dan merangsang pembuangaan serta meninggikan hasil...