Saturday 6 May 2017

PENGGUNAAN S-MATRIX KEPADA TANAMAN

Apa itu S-Matrix - Satu produk super organik daripada negara jiran Thailand yang di keluarkan oleh sebuah syarikat SRI THAI. Pada awalnya set S-Matrix terdiri daripada lima (5) produk yang mempunyai fungsi berbeza. Kemudian ditambah lagi produk keenam untuk mendatangkan kesan yang lebih effisen. Perubahan terus berlaku dengan penambahbaikan seperti adanya prosuk S-1 Plus.

Monday 3 April 2017

HIDROPONIK NFT & DFT

HIDROPONIK NFT & DFT


Satu daripada sistem hidroponik dimana tanaman ditanam di dalam bekas yang akarnya mencecah larutan 
nutrien yang cetek / tipis ( kurang 2 cm) mengalir dalam sistem aliran tertutup

SISTEM-SISTEM HIDROPONIK

Dulu semasa belajar dikenalkan 3  atau 4 sistem sahaja. Kini ..TAHUKAH ANDA ada pelbagai sistem HIDROPONIK.  Saya nyatakan disini 16 sahaja. Gambarannya mungkin tak cukup 16. Lain kali saya tambah lagi gambar2nya.
Terlebih dahulu saya maklumkan bahawa ada 2 kaedah bercucuk tanam,
1. Geophonic - tanam guna medium tanah atau campuran tanah
2. Hydrophonic - tanam tanpa guna tanah.

HIDROPONIK - terbahagi kepada dua iaitu
1. Hidroponik sebenar - medium air atau larutan nutrien sahaja
2. Hidroponik beraggregat - guna medium lain selain tanah (seperti arang sekam, perlite, sabut, kerikil, hydro tone dll).
Berikut adalah 16 jenis sistem hidroponik yang ada sekarang ini.
1. Natural
2. Hidroponik takung
3. Hidroponik NFT
4. Hidroponik DFT
5. Hidroponik Semburan
6. Aeroponik
7. Auto Pot atau smart valve
8. Titisan atau Fertigasi
9. Drip & Flow back
10. Nutri Pot atau Hydro Pot
11. Aqua phonic atau psiki ponik

12. LED phonic
13. Easy phonic
14 Aliran tertutup dan beraggregat
15. Takung dan Pam
16. Apong

Wednesday 29 March 2017

MENGETUT  BETIK

Macam pelik ...boleh ke ?...bagaimana?... untuk apa ?...
Saya dah lakukan... akhirnya saya terjemahkan teknologi bercucuk tanam di MALAYSIA sekarang ini memungkinkan semua orang boleh bercucuk tanam. Paling best dan menyeronokkan ..memungkinkan tanaman yang ditanam boleh berbuah dengan begitu singkat.

'TANAM POKOK BUAH - HARI INI TANAM, HARI INI BERBUAH DAN HARI INI BOLEH KUTIP HASILNYA ".... Percaya tak ?
SAYA DAH LAKUKAN... DAN TERBUKTI BOLEH.... Tanam pokok betik yang di TUT.... pokok atau dahannya telah berbuah... Apabila berakar penuh, pokok atau dahan yang berbuah dan  matang di potong dan di pindahkan kedalam bekas besar. Siap sahaja ditanam, buah yang matang terus di petik hasilnya.

Langkah-langkah mengetut Betik.

1. Pilih pokok atau dahan betik yg telah berbunga atau berbuah
2. Buat kelaran (slice) dari bawah keatas
3. Selitkan dawai atau plastik dicelah kelaran supaya tidak bercantum lagi
4. Balutkan dengan medium (tanah campuran -KERING)

Akar akan mulai keluar 2-3 minggu berikut. Biarkan akar terus keluar dengan banyak sehingga umur 2 bulan. Potong bahagian dahan atau batangnya. Pindah kedalam bekas besar seperti pasu dsb nya. Sebelum itu buka plastik pembalut media yg berakar dan buang sebahagin daunnya. Letakkan ditempat teduh selama 1 bulan.