Monday 3 April 2017

HIDROPONIK NFT & DFT

HIDROPONIK NFT & DFT


Satu daripada sistem hidroponik dimana tanaman ditanam di dalam bekas yang akarnya mencecah larutan 
nutrien yang cetek / tipis ( kurang 2 cm) mengalir dalam sistem aliran tertutup

SISTEM-SISTEM HIDROPONIK

Dulu semasa belajar dikenalkan 3  atau 4 sistem sahaja. Kini ..TAHUKAH ANDA ada pelbagai sistem HIDROPONIK.  Saya nyatakan disini 16 sahaja. Gambarannya mungkin tak cukup 16. Lain kali saya tambah lagi gambar2nya.
Terlebih dahulu saya maklumkan bahawa ada 2 kaedah bercucuk tanam,
1. Geophonic - tanam guna medium tanah atau campuran tanah
2. Hydrophonic - tanam tanpa guna tanah.

HIDROPONIK - terbahagi kepada dua iaitu
1. Hidroponik sebenar - medium air atau larutan nutrien sahaja
2. Hidroponik beraggregat - guna medium lain selain tanah (seperti arang sekam, perlite, sabut, kerikil, hydro tone dll).
Berikut adalah 16 jenis sistem hidroponik yang ada sekarang ini.
1. Natural
2. Hidroponik takung
3. Hidroponik NFT
4. Hidroponik DFT
5. Hidroponik Semburan
6. Aeroponik
7. Auto Pot atau smart valve
8. Titisan atau Fertigasi
9. Drip & Flow back
10. Nutri Pot atau Hydro Pot
11. Aqua phonic atau psiki ponik

12. LED phonic
13. Easy phonic
14 Aliran tertutup dan beraggregat
15. Takung dan Pam
16. Apong