Assalamualaikum wrt.
Lama juga tidak muncul...tak update info. Maaf ya...
NUTRI POT dulunya dipanggil juga 'hydro pot' adalah benda yang sama. Mungkin persembahannya berbeza. Saya kenalkan semula selaras dengan kempEn bercucuk tanam untuk penduduk bandar atau 'PERTANIAN BANDAR".
Matlamat utama 'PERTANIAN BANDAR' adalah mengurangkan kos perbelanjaan dapur penduduk bandar yang mana kos sara hidup terus meningkat. Selain itu sebagai aktiviti riadah bermanfaat disamping melibatkan semua golongan melibatkan diri dalam mengeluarkan makanan untuk negara. Sekurang-kurangnya untuk makanan sendiri.
Teknologi bercucuk tanam yang ada sekarang ini memungkinkan "semua orang boleh bercucuk tanam". Semua masalah bercucuk tanam boleh diatasi. Bermula dengan tanah bermasalah (berbatu, tidak subur, banjir, masam, tanah mati, penyakit bawaan tanah dll) sehinggalah ketiadaan tanah dan tiada cahaya matahari sekalipun telah ada teknologi penyelesaiannya.
NUTRI POT adalah kaedah bercucuk tanam yang mudah diperkenalkan untuk mengatasi masalah kekerapan menyiram. Kerja menyiram pokok atau tanaman sekali sehari atau dua kali sehari adalah masalah bagi penduduk bandar yang bekerja. 'LESS WATERING' itulah nuti pot. Hanya perlu siram 1 atau 2 kali siraman seminggu diperingkat awal dan 10 hingga 15 hari sekali siraman diperlukan. Itulah kaedah NUTRI POT. Mudahkan .... apa lagi... CUBALAH..
NUTRI POT kaedah bercucuk tanam yang tak perlukan ruang yang besar, tak perlukan sumber elektrik, tak perlu siram (dengan kerap ---sesekali sahaja), tak perlu merumpai, tiada masalah jejentik.... semua tanaman sesuai ditanam dengan kaedah ini... MUDAHKAN ...!!!
Bekas tanaman boleh dibuat sendiri atau terus buat pesanan kepada AKM TANI....
berapa harge 1 set bekas nutripot?
ReplyDeleterasanye macam rm9.00 lengkap 1 set.untuk kepastian dan kepuasan baik saudara sendiri ke AKM TANI.
Deleteguna tong minyak masak 5kg pun boleh
ReplyDeletepotong jadikan 2 bahagian..
cara-cara mendapatkan tong minyak masak 5kg secara percuma?????
1.tanya kawan-kawan atau sedara mara
2.jangan lupa rewang majlis perkahwinan kat kg masing-masing, sebab 100% boleh jumpa bahan ni kat sana nanti...
tapi untuk cara mudah saya syorkan ke AKM TANI.dari pasu ,medium,benih dan baja lengkap disediakan..insyAllah AKM TANI akan sedia memberi tunjuk ajar
ReplyDeletePakai pasu n baldi kedai rm2 pun blh
ReplyDeleteKasi alamat akm tani
ReplyDeleteBerapa harga set pasu ni tuan?
ReplyDeleteMasih ada lagi ker tuan. bagaimana cara pembelian???
ReplyDeleteDimana alamat akm tani ?
ReplyDeleteBagaimana bancuhan baja (nisbah baja n air) dan
ReplyDeletejenis baja yang digunakan