Saturday 6 May 2017

PENGGUNAAN S-MATRIX KEPADA TANAMAN

Apa itu S-Matrix - Satu produk super organik daripada negara jiran Thailand yang di keluarkan oleh sebuah syarikat SRI THAI. Pada awalnya set S-Matrix terdiri daripada lima (5) produk yang mempunyai fungsi berbeza. Kemudian ditambah lagi produk keenam untuk mendatangkan kesan yang lebih effisen. Perubahan terus berlaku dengan penambahbaikan seperti adanya prosuk S-1 Plus.

Monday 3 April 2017

HIDROPONIK NFT & DFT

HIDROPONIK NFT & DFT


Satu daripada sistem hidroponik dimana tanaman ditanam di dalam bekas yang akarnya mencecah larutan 
nutrien yang cetek / tipis ( kurang 2 cm) mengalir dalam sistem aliran tertutup

SISTEM-SISTEM HIDROPONIK

Dulu semasa belajar dikenalkan 3  atau 4 sistem sahaja. Kini ..TAHUKAH ANDA ada pelbagai sistem HIDROPONIK.  Saya nyatakan disini 16 sahaja. Gambarannya mungkin tak cukup 16. Lain kali saya tambah lagi gambar2nya.
Terlebih dahulu saya maklumkan bahawa ada 2 kaedah bercucuk tanam,
1. Geophonic - tanam guna medium tanah atau campuran tanah
2. Hydrophonic - tanam tanpa guna tanah.

HIDROPONIK - terbahagi kepada dua iaitu
1. Hidroponik sebenar - medium air atau larutan nutrien sahaja
2. Hidroponik beraggregat - guna medium lain selain tanah (seperti arang sekam, perlite, sabut, kerikil, hydro tone dll).
Berikut adalah 16 jenis sistem hidroponik yang ada sekarang ini.
1. Natural
2. Hidroponik takung
3. Hidroponik NFT
4. Hidroponik DFT
5. Hidroponik Semburan
6. Aeroponik
7. Auto Pot atau smart valve
8. Titisan atau Fertigasi
9. Drip & Flow back
10. Nutri Pot atau Hydro Pot
11. Aqua phonic atau psiki ponik

12. LED phonic
13. Easy phonic
14 Aliran tertutup dan beraggregat
15. Takung dan Pam
16. Apong

Wednesday 29 March 2017

MENGETUT  BETIK

Macam pelik ...boleh ke ?...bagaimana?... untuk apa ?...
Saya dah lakukan... akhirnya saya terjemahkan teknologi bercucuk tanam di MALAYSIA sekarang ini memungkinkan semua orang boleh bercucuk tanam. Paling best dan menyeronokkan ..memungkinkan tanaman yang ditanam boleh berbuah dengan begitu singkat.

'TANAM POKOK BUAH - HARI INI TANAM, HARI INI BERBUAH DAN HARI INI BOLEH KUTIP HASILNYA ".... Percaya tak ?
SAYA DAH LAKUKAN... DAN TERBUKTI BOLEH.... Tanam pokok betik yang di TUT.... pokok atau dahannya telah berbuah... Apabila berakar penuh, pokok atau dahan yang berbuah dan  matang di potong dan di pindahkan kedalam bekas besar. Siap sahaja ditanam, buah yang matang terus di petik hasilnya.

Langkah-langkah mengetut Betik.

1. Pilih pokok atau dahan betik yg telah berbunga atau berbuah
2. Buat kelaran (slice) dari bawah keatas
3. Selitkan dawai atau plastik dicelah kelaran supaya tidak bercantum lagi
4. Balutkan dengan medium (tanah campuran -KERING)

Akar akan mulai keluar 2-3 minggu berikut. Biarkan akar terus keluar dengan banyak sehingga umur 2 bulan. Potong bahagian dahan atau batangnya. Pindah kedalam bekas besar seperti pasu dsb nya. Sebelum itu buka plastik pembalut media yg berakar dan buang sebahagin daunnya. Letakkan ditempat teduh selama 1 bulan.







Monday 26 October 2015

KESAN PENGGUNAAN ORGANIC PLANT BOOSTER copy from akmtani.blogspot

ORGANIC PLANT BOOSTER EFFECT

  KESAN PENGGUNAAN "ORGANIC PLANT BOOSTER"
WOW !.. HEBAT !. MENAKJUBKAN !..
Itulah perkataan yang termampu saya katakan apabila melihat kesan penggunaan "organic plant booster" keatas pokok cili besar (red kulai 151) dan cili api (centil & full sky), peria, petola & ...Nah ! Lihat gambarannya...
JOM GUNAKAN NYA !...
Nak mudah beli order je !..
Nak murah buat sendiri .... senang je !...



Saya sendiri tidak menjangkakan hasilnya sebegini rupa. Walaupun bau nya... dahsyat !
tetapi saya amat teruja dengan ANUGERAH ILAHI yang paling hebat saya terima dan
alami. Semoga boleh membantu petani keselruhannya. Sudah tentu memberi impak yang besar 
terhadap penghasilan tanamannya.



ALHAMDULILLAH... SYUKUR... ALLAH PASTI KABULKAN DOA HAMBANYA...
SELALUNYA ALLAH KABULKAN PERMOHONAN KETIKA HAMBANYA BERUSAHA .. BUKAN KETIKA MEMINTA...

"ORGANIC PLANT BOOSTER" - Terhasil dari pemeraman kombinasi bahan terbuang dan semulajadi. Terkandung di dalamnya ialah nutrien lengkap untuk tanaman, protien tambahan, enzim dan pelbagai mikrob yang membantu tanaman membina antibodi dan tahan serangan perosak, merangsang pengeluaran hormon pembungaan & pembuahan, membantu kecekapan penyerapan nutrien kesemua bahagian pokok dll. Kesan penggunaan nya luar biasa... SIRAM & SEMBURAN.
Oleh itu saya ingin mengajak semua pengusaha mengguna pakainya untuk menambah penghasilan tanaman petani rakyat Malaysia dan keseluruhannya.

Saya (bersongkok putih)... sedia berkongsi pengalaman dengan anda untuk mendapatkannya atau kaedah membuatnya. Hubungi :016 7708143. Nanti saya sambung lagi   OK !..

HIDROPONIK TAKUNG - copy from akmtani.blogspot

HIDROPONIK TAKUNG

HIDROPONIK TAKUNG

Atas permintaan ramai, saya ketengahkan semula teknik penanaman sayuran  cara mudah ini. Pada tahun 90an dulu, kaedah ini sangat popular dan digemari ramai terutama semasa kempun bumi hijau dan tanam sendiri semasa ekonomi gawat 1997 - 1998. Tahniah dan syabas ! kepada yang berminat dengan aktiviti pengeluaran makanan sendiri ini. Tak de bahayanya makan sayur hidroponik ... jangan mudah terpedaya dengan cakap2 kedai kopi atau  maklumat tak berasas...

Tanam sendiri, usaha sendiri, makan sendiri.... sambil2 tu beri jiran2  Insyaallah BERKAT !...








Satu set mengandungi Takung & penutup plastik 8 lubang, media benang, seed pot, 2- 3 jenis biji benih sayur daun (kangkong, bayam, atau kailan dsb), baja A & B 0.5 L yang boleh digunakan sekurang-kurangnya 7 kali ulangan dan maklumat kaedah penanaman. Hanya RM ....    (hubungi kami 016 7738143/016 7708143)