MENGETUT BETIK
Macam pelik ...boleh ke ?...bagaimana?... untuk apa ?...
Saya dah lakukan... akhirnya saya terjemahkan teknologi bercucuk tanam di MALAYSIA sekarang ini memungkinkan semua orang boleh bercucuk tanam. Paling best dan menyeronokkan ..memungkinkan tanaman yang ditanam boleh berbuah dengan begitu singkat.
'TANAM POKOK BUAH - HARI INI TANAM, HARI INI BERBUAH DAN HARI INI BOLEH KUTIP HASILNYA ".... Percaya tak ?
SAYA DAH LAKUKAN... DAN TERBUKTI BOLEH.... Tanam pokok betik yang di TUT.... pokok atau dahannya telah berbuah... Apabila berakar penuh, pokok atau dahan yang berbuah dan matang di potong dan di pindahkan kedalam bekas besar. Siap sahaja ditanam, buah yang matang terus di petik hasilnya.
Langkah-langkah mengetut Betik.
1. Pilih pokok atau dahan betik yg telah berbunga atau berbuah
2. Buat kelaran (slice) dari bawah keatas
3. Selitkan dawai atau plastik dicelah kelaran supaya tidak bercantum lagi
4. Balutkan dengan medium (tanah campuran -KERING)
Akar akan mulai keluar 2-3 minggu berikut. Biarkan akar terus keluar dengan banyak sehingga umur 2 bulan. Potong bahagian dahan atau batangnya. Pindah kedalam bekas besar seperti pasu dsb nya. Sebelum itu buka plastik pembalut media yg berakar dan buang sebahagin daunnya. Letakkan ditempat teduh selama 1 bulan.